Selasa, 23 Februari 2010

penentangan yang dilakukan oleh Dato' Maharaja Lela

2.1.2d) Huraikan penentangan yang dilakukan oleh Dato'
Maharaja Lela ke atas British di Perak. (Teksms 37-38)

i) Penguasaan British yang didalangi oleh J.W.W. Birch
telah ditentang oleh orang tempatan yang dipimpin oleh
Dato' Maharaja Lela.

ii) Penentangan itu berlaku secara bersatu oleh semua
pembesar dan sultan serta penduduk tempatan terhadap
British.

iii) Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti
yang termaktub dalamPerjanjianPangkor 1874.

iv)Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan
hak mereka.

v) Para pembesar menolak penguasaan British terhadap
kawasan mereka.

vi) Para pembesar menolak campur tangan British dalam
adat resam dan hal ehwal tempatan.

vii) J. W. W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan
dan tidak tahu berbahasa Melayu.

viii) Pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangan oleh
Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke menyebabkan
berlaku bantahan terbuka oleh pembesar Melayu Perak
terhadap campur tangan British.

ix) Dato' Maharaja Lela membuat Kubu di Pasir Salak
dengan mengadakan mesyuarat di Durian Sebatang antara
Dato' Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu
bertujuan menentang undang-undang British.

x) Selepas bermesyuarat Dato' Maharaja Lela bersetuju
membunuh J.W.W. Birch manakala Sultan Abdullah
memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut.

xi) Sultan Abdulah terpaksa menyerahkan Perak kepada
British walaupun berlaku penentangan terhadap British.

xii) Mat Arshad, orang suruhan British, dibunuh oleh
penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di
Pasir Salak.

xiii) Pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum, Pandak Lam,
dan lain-lain lagi atas arahan Dato' Maharaja Lela di
Sungai Perak, Pasir Salak.

xiv) Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan
serangan terhadap Pasir Salak menyebabkan Dato'
Maharaja Lela danDato' Sagor melarikan diri ke Kota
Lama.

xv) Semua yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W. Birch
ditangkap dan dibicara oleh Raja Idris sebagai hakim
manakala penasihat perbicaraan ialah Frank Swettenham.

xvi)Dato' Maharaja Lela bersama-sama Dato' Sagor, Pandak
Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman
gantung, Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor, Sultan
Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan
Laksamana pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

Peristiwa penentangan Mat Salleh ke atas

2.1.2c) Terangkan peristiwa penentangan Mat Salleh ke atas
Syarikat Borneo Utara British di Sabah. (Teks
ms 35-36)

i) SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai
pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.

ii) Mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh dengan
melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.

iii) Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB
sebaliknya pegawai-pegawai syarikat tidak memberi
layanan malah bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

iv) Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar
kampung menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri.

v) Pada tahun 1897, beliau dan para pengikutnya telah
melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di
Pulau Gaya.

vi) SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh
dengan menyerahkan Tambunan kepada beliau.

Vii)SBUB telah mungkir janji menyebabkan Mat Salleh sekali
lagi menyerang kubu SBUB tetapi dibalas oleh pasukan
tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh.

viii)Beliau akhimya tewas dan meninggal dunia pada 31
Januari 1900.

Penentangan Pemimpin Tempatan Di Sarawak

2.1.2b) Terangkan peristiwa penentangan para pemimpin
Sarawak terhadap James Brooke. (Teks ms 33)


i) Berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah
pedalaman sehingga menimbulkan bantahan daripada
pemimpin tempatan. .

ii) James Brooke menyerang pemimpin yang enggan
menyerahkan daerah mereka kepada beliau.

iii) Linggir men en tang penaklukan James Brooke dengan
menyerang kapal Nemesis dekatBatang Lupar.
iv) Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah
James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang
pelayaran mereka di Sungai Saribas tetapi Linggir dan
pengikutnya tewas.

v) Pemimpin Iban Rentap menentang James Brooke kerana
bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
yang dianggap sebagai lanun.

vii)Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu
Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman.

viii) James Brooke telah bertindak balas dengan membakar
kampung menyebabkan Rentap dan pengikutnya
berundur ke Bukit Sadok, tetapi sekali lagi mereka
diserang.

ix)Tentera James Broke berjaya mengalahkan Rentap dan
beliau terpaksa berundur ke UIu Sungai Entabai dan
serangannya semakin lemah.

x)Penentangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul
Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan
James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang.
Kehilangan Mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh
terhadap penduduk tempatan.

xi)James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit
tetapi SyarifMasahor telah menyerang kubu tersebut.
Gagal Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudian
menyerang James Brooke di Kuching, tetapi gaga!.

xii)SyarifMasahor melarikan diri ke Brunei tetapi telah
diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di
Singapura.

xiii)Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi
tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan
diserahkan kepada James Brooke.

Disediakn oleh Cikgu Rosli

Penentangan Dol Said

2.1.2a) Jelaskan peristiwa penentangan Dol Said terhadap
British di Naning. (Teks ms 31-32)

i) Tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan
Naning sebagai sebahagian daripada wilayah takluknya.

ii) Mengingkari arahan British supaya Naning menghantar
satu persepuluh hasilnya sebagai ufti kepada negeri
Melaka.

iii) British telah menghantar tenteranya untuk menakluk
Naning pada tahun 1831 dan pasukan British ini telah
ditentang oleh Penghulu Dol Said.

iv) Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam
Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Ramai dan
Rechat, Dato' Kelana Sungai Ujong serta Penghulu
Gemencheh berjaya mengalahkan 150 tentera British
pimpinan Kapten Wyllie.

v) Menyerang Pada akhir tahun 1832, British dengan 1200 tentera sekali
lagi menyerang Naning.

vi) British berjaya mengalahkan tentera Dol Said, kerana tidak
mendapat bantuan

vii) Dol Said terpaksa menyerah diri dan di bawa ke Melaka.

Perjuangan pemimpin tempatan menentang British

2.1 Perjuangan pemimpin tempatan menentang British

2.la) Apakah yang dimaksudkan gerakan nasionalisme?
(Teks ms 29)
Tentang Usaha masyarakat setempat menentang penjajahan terhadap
mereka oleh kuasa luar

2.1c) Namakan tokoh-tokoh tempatan dan lokasi penentangan
terhadap British di Tanah Melavu. Sabah dan Sarawak
pada abad ke-19 (Teks ms 30)

Tokoh Tempatan Lokasi Penentangan
i Penghulu Dol Said - Naning, Melaka
ii Linggir - Batang Lupar, Sarawak
iii Rentap - Kubu Nanga Skrang, Sarawak
ivSyarif Masahor & Patinggi Abdul
Ghapur - Kanowit, Sarawak
v Mat Salleh - Di Persisir pantai Sabah
vi Dato' Maharaja Lela - Pasir Salak, Perak
vn Yam Tuan Antah - Sg. Ujong, Negeri Sembilan
vill Dato' Bahaman - Lubuk TeruaIKuala
Tembeling dan JeramAmpai,Pahang
ix Tok Janggut - Pasir Puteh, Kelantan
x Hj. Abdul Rahman Limbong - Kuala Berang, Terengganu

2.1.1) Huraikan sebab-sebab pemimpin tempatan
menentang British. (Teks ms 30-31)

a) Penaklukan Dasar penaklukan bertujuan untuk mengukuhkan
kedudukan politik menyebabkan kawasan yang dijajah
terikat dengan peraturan British. Misalnya, Naning
dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti
menyebabkan berlaku peperangan Penghulu Dol Said
dengan British.

b) Ekonomi British ditentang kerana menguasai ekonomi tempatan
bagi kepentingan mereka melalui peIjanjian yang
dimeterai dengan pemimpin tempatan membolehkan
saudagar dari NegeriNegeri Selat dibenarkan menjalankan
perlombongan dan perdagangan bijih timah.

c) Cukai British memaksakan penduduk tempatan dengan
memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan
peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang
maksimum. Contohnya di Terengganu, penentangan
berlaku kerana British telah menetapkan bahawa setiap
tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan
mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai
tanah yang bertentangan dengan amalan tradisi.

d) Campur Tangan British bertindak campur-tangan dalam adat resam
tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur
tangan dalam adat resam masyarakat Melayu yang
diamalkan selama ini, iaitu amalan menggunakan orang
suruhan.
e) British memaksa menerima nilai-nilai dan budaya Barat
yang bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
Kehilangan Pemimpin tempatan di daerah mereka kehilangan kuasa
dan pengaruh pentadbiran serta anak buah setelah
penjajahan.

f) Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan
anak buah mereka

g) Rakyat menentang pelaksanaan undang-undang British
yang menyulitkan kehidupan.

Disediakn oleh cikgu Rosli

Latihan 3, Kelas 5 Alpha dan 5 Progresif

Cetak dan buat dalam kertas soalan.
Esei buat dalam kertas kajang.
Hantar selepas cuti.

1. Pada abad ke-20, persatuan-persatuan Melayu telah ditubuhkan untuk membela nasib bangsa dan negara.

(a) Nyatakan dua matlamat perjuangan kesatuan Melayu Muda.
i._____________________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________________
[ 2 markah]
(b) Jelaskan tiga peranan persatuan Sahabat Pena Malaya dalam menimbulkan kesedaran semangatkebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua.
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________________
[ 3 markah ]

(c) Mengapakah persatuan-persatuan tidak berkembang di Sabah sebelum Perang Dunia Kedua?
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[ 2 markah]

(d) Terangkan dua isi perjuangan Kesatuan Melayu Muda sehingga tamat Perang Dunia Kedua.
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[ 2 markah]

(e) Berikan sebab pembentukan Malaya Raya menemui kegagalan.
_____________________________________________________________________
[ 1 markah]


2. Masyarakat tempatan mencetuskanpenentangan terhadap British untuk menjaga
kepentingan mereka daripadadicerobohi oleh penjajah.

(a) Nyatakan dua faktor penghulu Dol Said melakukan penentagan terhadap British di Naning.
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[ 2 markah]

(b) Apakah isu utama yang menyebabkan penentangan terhadap British di kelantan dan
Trengganu?

_____________________________________________________________________
[ 1 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pembesar Melayu Perak menolak Sistem Residen?
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________________
[ 3 markah]
(d) Berikan dua ciri patriotisme yang ditonjolkan oleh pejuang-pejuang tanah air dalam menentang penjajah British.
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[2 markah]
(e) Mengapakah gerakan menentang British menemui kegagalan?
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[2 markah]


3. Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy
mengasaskan Kaum Muda.

(a) Apakah maksud Gerakan Islah?

_____________________________________________________________________
[1 markah]
(b) Terangkan tiga isu yang diperjuangkan oleh Kaum Muda.
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________________
[3 markah

(c) Bagaimanakah pihak British menyekatkan perkembangan Kaum Muda?
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[2 markah]
(d) Mengapakah Kaum Tua menentang perjuangan Kaum Muda?
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[2 markah]
(e) Nyatakan dua kegiatan Kaum Muda dalam menyebarkan isu perjuangan mereka.
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[ 2 markah]
4. Akhbar, majalah dan novel turut berperanan penting dalam melahirkan semangat
kebangsaan.

(a) Nyatakan dua buah majalah Melayu terbitan 1930-an yang menyuarakan isu pendidikan dalam membangkitkan semangat kebangsaan orang Melayu.
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[2 markah]
(b) Terangkan dua isu pendidikan yang terdapat dalam majalah Melayu terbitan 1930-an.
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[ 2 markah]
(c) Berikan dua akhbar Melayu yang terbit di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[2 markah]
(d) Huraikan dua isu ekonomi yang disuarakan dalam akhbar Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[ 2 markah]
(e) Akhbar majalah dan novel turut memperjuangkan isu yang membela kepentingan dan
kebajikan kaum wanita.Terangkan dua isu tersebut.
i. _____________________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________________
[2 markah]


Bahagian B
[60 markah]
Jawab tiga soalan sahaja.

5. Kedatangan British ke Tanah Melayu mendapat tentangan daripada penduduk
tempatan. Merekamenentang demi menjaga kepentingan daripada diceroboh oleh
kuasa asing.

(a) Bagaimanakah campur tangan British dalam adat resam membangkitkan kemarahan rakyat tempatan? [4 markah]
(b) Nyatakan tiga sebab penentangan Dol Said di Naning terhadap British?
[6 markah]
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, ceritakan peristiwa penentangan oleh Dol Said terhadap British.
[10 markah]

6. (a) Jelaskan kejayaan Gerakan Islah dalam meningkatkan minda bangsa.
[4 markah]
(b) Bagaimanakah bahan bercetak menjadi penggerak kesedaran kebangsaan dalam
Kalangan penduduk?
[10 markah]
(c) Ceritakan perjuangan nasionalisme oleh Persatuan-persatuan Melayu.
[6 markah]

7. (a) Nyatakan matlamat penentangan penduduk tempatan terhadap British.
[4 markah]
(b) Terangkan sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap penjajahan
British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
[10 markah]
(c) Galurkan penentangan Syarif Masahor terhadap pemerintahan James Brooke di
Sarawak.
[6 markah]

8. (a) Jelaskan tujuan nasionalisme dari segi:
(i) politik
[2 markah]
(ii) sosial
[2 markah]
(b) Faktor-faktor dalaman dan luaran menjadi pemangkin nasionalisme di negeri-negeri
Tanah Melayu. Jelaskan.
[10 markah]
(c) Huraikan pertubuhan-pertubuhan antiJepun di negeri-negeri Tanah Melayu dari
tahun-tahun 1942 hingga 1945.
[ 6 markah ]

Tamadun Hwang Ho

Tamadun Hwang Ho
1. Terletak dilembah sungai Hwang Ho atau sungai Kuning utara China.
2. Dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho ialah
a. Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M.
b. Dinasti Shang pada sekitar tahun 1766-1050 S.M.
c. Dinasti Chou dari tahun 1050-256 S.M.
3. Proses pembentukan melalui aspek berikut:
a. Lembah Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan.
b. Tapak Banpo yang berhampiran bandar Siam moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho.
c. Penduduk menjalan kan aktiviti pertanian dan penternakan binatang,mengumpul hasil hutan dan berburu.
d. Perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa buah bandar antaranya Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.
e. Semasa Dinasti Chou,tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.
4. Proses pembentukan negara kota tamadun Hwang Ho ialah
a. Hwang Ho menyuburkan kawasan – tarik petempatan.
b. Tapak Banpo ialah petempatan awal.
c. Asaskan pertanian, penternakan , kutip hasil hutan, memburu .
d. Berkembang - wujud bandar-bandar dan Anyang menjadi negara kota Dinasti Shang.
i. Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
ii. Ketua pemerintah – Raja , golongan pembesar dan golongan agama tinggal di bandar.
iii. Dibandar ini terdapat istana,kuil dan pusat pentadbiran Dinasti Shang.
e. Dinasti Shang sebar budaya dan luaskan wilayah.
f. Dinasti Chou sebar hingga Sungai Yangtze.
Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho
1. Aspek organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang ialah
a. Raja menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar.
b. Golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk,mendiami kawasan diluar negara kota ini.
c. Golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi menghasilkan senjata,perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta peralatan untuk acara keagamaan.
d. Golongan pembesar yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa menggunakan keistimewaan untuk menundukkan golongan bawahan.
e. Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.
2. Aspek sistem pemerintahan Dinasti Shang ialah
a. Sistem pemerintahan berbentuk pemerintahan beraja.
b. Pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
c. Raja-raja berkuasa keatas pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan politik,ekonomi,sosial dan agama.
d. Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
i. Jika raja adil – kerajaan dan rakyat makmur dan sejahtera kerana restu Tuhan – jika tidak sebaliknya.
ii. Percaya Dinasti Shang runtuh kerana zalim.
e. Raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.
f. Raja dibantu oleh golongan basngsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.
g. Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem dalam tugas seperti pungutan cukai ,pertahanan dan undang-undang.
h. Kezaliman Raja Shang menunjukkan raja kehilangan mandat menyebabkan golongan hamba menyingkirkan Dinasti Shang untuk diganti dengan Dinasti Chou. Pemerintahan Raja Chou telah
i. membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.
ii. mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintahan dan memberikan hadiah seperti kereta kuda,senjata gangsa,hamba dan binatang.
iii. meminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
iv. memberi hak kpg pembesar tempatan bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.
v. Dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yg urus
i. Pertanian
ii. Tentera
iii. Kerja awam
iv. Upacara agama
v. Hal ehwal monarki
vi. Undang-undang.
vi. Peringkat wilayah dikendali pembesar feudal.
3. Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan dan peranan masyarakat .
a. Golongan pembesar mempunyai tentera masing- masing terdiri daripada tentera berkuda dan tentera berjalan kaki.
b. Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan,
c. Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan,senjata dan barang tembikar.
d. Golongan hamba berfugsi ;
i. sebagai tentera paksaan
ii. membantu kerja-kerja perburuhan
iii. bagi tujuan koban dalam upacara penyembahan.
4. Agama dan kepercayaan .
a. Sebahagiaan masyarakat mengamalkan kepercayaan anismisme dan politisme.
b. Masyarakat Shang mempercayai politeisme seperti tuhan syurga,tuhan bumi,sungai,bukit dan gunung.
c. Mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.
d. Mereka juga sembah tuhan syurga (Shang Ti)dan Tuhan Bunyi ( Tu). Sembha juga bukit, sungai, dan gunung.
i. Shang Ti – Dewa tertinggi di syurga dan nenek moyang Shang.
ii. Percaya pada kuasa agung – Tien. – suatu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta atau syurga.
iii. Konsep ini mempengaruhi Yin dan Yang.
• Alam semesta dan kejadiannya terdiri dari dua unsur.
• Yin – kuasa pasif
• Yang – Kuasa aktif
e. Upacara sembah libatkan permainan muzik,tarian dan upacara korban diketuai oleh bomoh.
f. Tulang oracle berfungsi bagi meramal keadaan.
i. Bomoh terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle meletakkan di atas unggun api sehingga timbul rekahan untuk maramalkan untuk mentafsir sesuatu kejadian.
ii. Amalan ini bawa kemunculan sistem tulisan.
5. Sistem tulisan masyarakat Tamadun Hwang Ho berbentuk
a. Rekahan tulang oracle mempengaruhi idea penciptaan tulisan.
b. Tulisan peringkat awal berbentuk ideogram berdasarkan simbol.
c. Tulisan asal mempunyai gambar seperti kanak-kanak,bulan,matahari dan sungai.
Sumbangan Tamadun Hwang Ho
1. Aspek Politik
a. Sistem pemerintahan berbentuk monarki hingga Zaman Dinasti Ching.
b. Gelaran Raja bertukar jadi Maharaja.
c. Raja dikatakan anak syurga dan dapat mandat dari syurga.
d. Pemerintahan Dinasti diteruskan sehingga abad ke 20.
2. Aspek Ekonomi
a. Sistem pengairan diperbaharui.
b. Bina terusan untuk pertanian dan elak banjir.
c. Teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk pertanian.
d. Menggunakan batas .
e. Maenggunakan alat pertanian daripada kayu kepada besi.
3. Aspek Sosial
a. Sistem tulisan digunakan hingga hari ini.
b. Tulisan digunakan dalam bidang penulisan dan pencetakan.
c. Tulisan diajar di sekolah-sekolah di Cina.
d. Berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan Jepun.
4. Agama dan kepercayaan
a. Kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
b. Unsur pemujaan dijalankan sejak zaman Shang, diteruskan mengikut kesesusaian masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan,duit kertas dan barang hiasan.
c. Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
i. Feng Hsui = Dari falsafah Taoisme berlandaskan alam semesta .
ii. Rujuk hubungan manusia dan alam.
d. Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.
e. Feng Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia berharmoni dengan alam semesta.
f. Pemerintahan Shang,sistem kalender telah diperkenalkan, terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
g. Raja menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
h. Amalan menggunakan kalender ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan perkuburan atau pengebumian.
i. Falsafah perang Sun Tzu,- ,The Art of War membicarakan selok- belok perang dan cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
j. Falsafah tersebut diaplikasikan dalam urusan perniagaan.


Disediakan oleh cikgu Rosli

Tamadun Indus

Tamadun Indus
1. Di lembah Indus disaliri sungai Indus yang berpunca dari Gunung Himalaya dan sekelilingnya.
2. Dikenali juga sebagai Tamadun Harappa.
3. Mula muncul pada sekityar tahun 2500SM dan merosot 1800SM.
4. Kehancuran disebabkan serangan orang Aryan serta bencana alam spt banjir, kemarau, dan gempa bumi.
5. Dua negara kota Tamadun Indus.
a. Mohenjo-Daro
b. Harappa
6. Proses pmbentukan tamadun Indus spt berikut:
a. Penduduk nomad di barat laut India membentuk pentempatan kekal di sepanjang sungai Indus.
b. Kekal kerana adanya sungai Indus – menyediakan sumber air dan tanah yang subur.
c. Telah meningkatkan hasil pertanian dan menambahkan jumlah penduduk kerana kepandainya menyesuaikan diri dengan alam sekitar.
d. Sebabkan wujudnya bandar dan yg utama Mohenjo-Daro dan Harappa – bandar pelabuhan penting.
7. Ciri-ciri keistimewaan Mohenjo-Daro dan Harappa sebagai petempatan kekal
a. Pembentukan yang terancang dan terbahagi kepada 2 bahagian dan dikelilingi tembok.
i. Bahagian utama – pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan utk upacara ritual dan pembersihan.
ii. Bahagian kedua – kawasan perumahan dan disusun berasaskan blok berbentuk segi empat.
b. Setiap blok dipisahkan satu rangkaian jalanraya dan lurus. Bersambung antara satu sama lain.
i. Blok berasaskan segi empat dan dipisahkan oleh jalanraya yg lurus dan bersambung.
c. Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan yang diterapkan daripada Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
d. Menggunakan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran suhu yang tinggi.
e. Ada sistem kumbahan dan saliran yang terancang.
i. Rumah ada bilik mandi dan tandas.
ii. Air kumbahan disalirkan keluar melalui paip ke longkang.
iii. Longkang tidak ditutp terus untuk pembersihan.
iv. Bahan buang dihantar ke luar bandar.
f. Bandar boleh dihubungi melalui sungai. Berfungsi sebagai alat perhubungan.
8. Ciri-ciri sistem oraganisasi sosial masyarakat Tamadun Indus.
a. Terbahagi dua golongan:
i. Bawahan
I. Terdiri daripada petani, buruh, dan hamba.
II. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan salurkan sebahagian hasil kepada kerajaan.
III. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan spt menjaga kebersihan bandar , membina tembok di benteng dan membina terusan.
ii. Atasan
I. Terdiri daripada pendeta dan pedagang.
II. Pendeta mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan aspek keagamaan.
III. Mempunyai pengaruh keagamaan – alat dapatkan taat setia golongan bawahan.
9. Aspek pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus dapat dicirikan dengan:
a. Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi spt perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.
b. Aspek perdagangan membabitkan perdagangan luar dengan Mesopotamia. Dibuktikan dengan penemuan cap mohor di Mespotamia
i. Cap mohor diperbuat dari batu lembut ,diukir, dan dipanaskan.
ii. Berbentuk segi empat bujur.
iii. Lambang pengenalan diri atau kumpulan pedagang.
c. Hasil perdagangan spt emas, gading, manik, dan hasil pertanian.
d. Petani mengeluarkan hasil spt barli, kacang dan sebagainya.
e. Golongan artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan tembikar.
10. Amalan keagamaan dan kepercayaan masyarakat Indus.
a. Mempunyai satu amalan agama dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan iaitu patung Proto-Siva.
b. Patung tersebut menunjukkan seseorang sedang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepelanya yang melambangkan Dewa Brahma,Vishnu dan Siva.
c. Proto Siva menjadi sangat penting dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu.
d. Masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.
i. Dibuktikan dengan penemuan patung wanita.
ii. Disembah sebagai lambang kesuburan.
iii. Berlaku juga dalam masyarakat Mesopotamia, Asia Kecil, Syria, dan Palestin.
11. Sistem tulisan yang dihasilkan ialah sistem tulisan piktograf.


Sumbangan Tamadun Indus

1. Perancangan bandar – sebab utama kerana:
a. Terdapat gabungan kepakaran dari sudut perletakan bandar dan pengisiannya.
b. Pemahaman dalam ilmu geometri.
c. Pemahaman dalam ilmu kesenian.
d. Pemahaman dalam ilmu matematik.
e. Mahir dalam bidang pembinaan.
f. Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir menghasilkan perancangan bandar berbentuk segi empat dengan jalan raya yang lurus.
g. Meningkatkan mutu pembinaan dengan membuat batu bata melalui pembakaran suhu yang tinggi.
2. Sifat keterbukaan. Penting kepada kemajuan manusia kerana :
a. Tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
b. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun MesirPurba membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaatnya dalam bentuk pertukaran teknologi.
c. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia membolehkan segala pengaruh dari luar disesuaikan dengan keadaan tempatan.
i. Dilihat melalui nama bandar Makan dan Meluhha.
ii. Makan – Makran
iii. Meluhha – Mohenjodaro.
d. Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden akan sifat keterbukaan dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan.
e. Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan adalah tunjang kepada sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.
3. Kematangan ketamadunan manusia – sebab :
a. Pencapaian cemerlang dalam perancangan bandar.
b. Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa.
c. Pencapaian dalam keseimbangan rohani dan kepercayaan.
d. Melahirkan masyarakat yang kreatif.
e. Menghasilkan teknologi yang hebat.


Disediakan oleh cikgu Rosli