Selasa, 23 Februari 2010

Penentangan Dol Said

2.1.2a) Jelaskan peristiwa penentangan Dol Said terhadap
British di Naning. (Teks ms 31-32)

i) Tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan
Naning sebagai sebahagian daripada wilayah takluknya.

ii) Mengingkari arahan British supaya Naning menghantar
satu persepuluh hasilnya sebagai ufti kepada negeri
Melaka.

iii) British telah menghantar tenteranya untuk menakluk
Naning pada tahun 1831 dan pasukan British ini telah
ditentang oleh Penghulu Dol Said.

iv) Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam
Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaban, Penghulu Ramai dan
Rechat, Dato' Kelana Sungai Ujong serta Penghulu
Gemencheh berjaya mengalahkan 150 tentera British
pimpinan Kapten Wyllie.

v) Menyerang Pada akhir tahun 1832, British dengan 1200 tentera sekali
lagi menyerang Naning.

vi) British berjaya mengalahkan tentera Dol Said, kerana tidak
mendapat bantuan

vii) Dol Said terpaksa menyerah diri dan di bawa ke Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan