Selasa, 23 Februari 2010

penentangan yang dilakukan oleh Dato' Maharaja Lela

2.1.2d) Huraikan penentangan yang dilakukan oleh Dato'
Maharaja Lela ke atas British di Perak. (Teksms 37-38)

i) Penguasaan British yang didalangi oleh J.W.W. Birch
telah ditentang oleh orang tempatan yang dipimpin oleh
Dato' Maharaja Lela.

ii) Penentangan itu berlaku secara bersatu oleh semua
pembesar dan sultan serta penduduk tempatan terhadap
British.

iii) Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti
yang termaktub dalamPerjanjianPangkor 1874.

iv)Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan
hak mereka.

v) Para pembesar menolak penguasaan British terhadap
kawasan mereka.

vi) Para pembesar menolak campur tangan British dalam
adat resam dan hal ehwal tempatan.

vii) J. W. W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan
dan tidak tahu berbahasa Melayu.

viii) Pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangan oleh
Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke menyebabkan
berlaku bantahan terbuka oleh pembesar Melayu Perak
terhadap campur tangan British.

ix) Dato' Maharaja Lela membuat Kubu di Pasir Salak
dengan mengadakan mesyuarat di Durian Sebatang antara
Dato' Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu
bertujuan menentang undang-undang British.

x) Selepas bermesyuarat Dato' Maharaja Lela bersetuju
membunuh J.W.W. Birch manakala Sultan Abdullah
memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut.

xi) Sultan Abdulah terpaksa menyerahkan Perak kepada
British walaupun berlaku penentangan terhadap British.

xii) Mat Arshad, orang suruhan British, dibunuh oleh
penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di
Pasir Salak.

xiii) Pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum, Pandak Lam,
dan lain-lain lagi atas arahan Dato' Maharaja Lela di
Sungai Perak, Pasir Salak.

xiv) Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan
serangan terhadap Pasir Salak menyebabkan Dato'
Maharaja Lela danDato' Sagor melarikan diri ke Kota
Lama.

xv) Semua yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W. Birch
ditangkap dan dibicara oleh Raja Idris sebagai hakim
manakala penasihat perbicaraan ialah Frank Swettenham.

xvi)Dato' Maharaja Lela bersama-sama Dato' Sagor, Pandak
Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman
gantung, Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor, Sultan
Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan
Laksamana pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

3 ulasan:

  1. assalamualaikum.saya nak Tanya tentang kepentingan dato maharaja lela.saya nk buat folio untuk form 2.harap boleh tolong.

    BalasPadam