Selasa, 23 Februari 2010

Penentangan Pemimpin Tempatan Di Sarawak

2.1.2b) Terangkan peristiwa penentangan para pemimpin
Sarawak terhadap James Brooke. (Teks ms 33)


i) Berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah
pedalaman sehingga menimbulkan bantahan daripada
pemimpin tempatan. .

ii) James Brooke menyerang pemimpin yang enggan
menyerahkan daerah mereka kepada beliau.

iii) Linggir men en tang penaklukan James Brooke dengan
menyerang kapal Nemesis dekatBatang Lupar.
iv) Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah
James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang
pelayaran mereka di Sungai Saribas tetapi Linggir dan
pengikutnya tewas.

v) Pemimpin Iban Rentap menentang James Brooke kerana
bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
yang dianggap sebagai lanun.

vii)Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu
Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman.

viii) James Brooke telah bertindak balas dengan membakar
kampung menyebabkan Rentap dan pengikutnya
berundur ke Bukit Sadok, tetapi sekali lagi mereka
diserang.

ix)Tentera James Broke berjaya mengalahkan Rentap dan
beliau terpaksa berundur ke UIu Sungai Entabai dan
serangannya semakin lemah.

x)Penentangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul
Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan
James Brooke di wilayah mereka, iaitu di Sungai Rajang.
Kehilangan Mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh
terhadap penduduk tempatan.

xi)James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit
tetapi SyarifMasahor telah menyerang kubu tersebut.
Gagal Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudian
menyerang James Brooke di Kuching, tetapi gaga!.

xii)SyarifMasahor melarikan diri ke Brunei tetapi telah
diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di
Singapura.

xiii)Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi
tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan
diserahkan kepada James Brooke.

Disediakn oleh Cikgu Rosli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan