Selasa, 23 Februari 2010

Peristiwa penentangan Mat Salleh ke atas

2.1.2c) Terangkan peristiwa penentangan Mat Salleh ke atas
Syarikat Borneo Utara British di Sabah. (Teks
ms 35-36)

i) SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh sebagai
pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut.

ii) Mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh dengan
melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu.

iii) Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB
sebaliknya pegawai-pegawai syarikat tidak memberi
layanan malah bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

iv) Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar
kampung menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri.

v) Pada tahun 1897, beliau dan para pengikutnya telah
melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di
Pulau Gaya.

vi) SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh
dengan menyerahkan Tambunan kepada beliau.

Vii)SBUB telah mungkir janji menyebabkan Mat Salleh sekali
lagi menyerang kubu SBUB tetapi dibalas oleh pasukan
tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh.

viii)Beliau akhimya tewas dan meninggal dunia pada 31
Januari 1900.

5 ulasan:

  1. Boleh difahami tapi lebih baik ditulis dalam bentuk esei supaya isi sebenar kandugan ini dapat dipelajari dengan lebih efektif

    BalasPadam
  2. Yaa allah terima kasehhh sgt ii sbb dh bagi ilmu.mmg memerlukan sgt sbb tgh bt kajian kes niyh hahhahaha.apa ii pon mmg mambantu

    BalasPadam