Selasa, 23 Februari 2010

Perjuangan pemimpin tempatan menentang British

2.1 Perjuangan pemimpin tempatan menentang British

2.la) Apakah yang dimaksudkan gerakan nasionalisme?
(Teks ms 29)
Tentang Usaha masyarakat setempat menentang penjajahan terhadap
mereka oleh kuasa luar

2.1c) Namakan tokoh-tokoh tempatan dan lokasi penentangan
terhadap British di Tanah Melavu. Sabah dan Sarawak
pada abad ke-19 (Teks ms 30)

Tokoh Tempatan Lokasi Penentangan
i Penghulu Dol Said - Naning, Melaka
ii Linggir - Batang Lupar, Sarawak
iii Rentap - Kubu Nanga Skrang, Sarawak
ivSyarif Masahor & Patinggi Abdul
Ghapur - Kanowit, Sarawak
v Mat Salleh - Di Persisir pantai Sabah
vi Dato' Maharaja Lela - Pasir Salak, Perak
vn Yam Tuan Antah - Sg. Ujong, Negeri Sembilan
vill Dato' Bahaman - Lubuk TeruaIKuala
Tembeling dan JeramAmpai,Pahang
ix Tok Janggut - Pasir Puteh, Kelantan
x Hj. Abdul Rahman Limbong - Kuala Berang, Terengganu

2.1.1) Huraikan sebab-sebab pemimpin tempatan
menentang British. (Teks ms 30-31)

a) Penaklukan Dasar penaklukan bertujuan untuk mengukuhkan
kedudukan politik menyebabkan kawasan yang dijajah
terikat dengan peraturan British. Misalnya, Naning
dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti
menyebabkan berlaku peperangan Penghulu Dol Said
dengan British.

b) Ekonomi British ditentang kerana menguasai ekonomi tempatan
bagi kepentingan mereka melalui peIjanjian yang
dimeterai dengan pemimpin tempatan membolehkan
saudagar dari NegeriNegeri Selat dibenarkan menjalankan
perlombongan dan perdagangan bijih timah.

c) Cukai British memaksakan penduduk tempatan dengan
memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan
peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang
maksimum. Contohnya di Terengganu, penentangan
berlaku kerana British telah menetapkan bahawa setiap
tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan
mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai
tanah yang bertentangan dengan amalan tradisi.

d) Campur Tangan British bertindak campur-tangan dalam adat resam
tempatan. Misalnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur
tangan dalam adat resam masyarakat Melayu yang
diamalkan selama ini, iaitu amalan menggunakan orang
suruhan.
e) British memaksa menerima nilai-nilai dan budaya Barat
yang bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
Kehilangan Pemimpin tempatan di daerah mereka kehilangan kuasa
dan pengaruh pentadbiran serta anak buah setelah
penjajahan.

f) Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan
anak buah mereka

g) Rakyat menentang pelaksanaan undang-undang British
yang menyulitkan kehidupan.

Disediakn oleh cikgu Rosli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan