Rabu, 13 Januari 2010

KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Imperialisme Barat di Asia Tenggara


1. Apakah yang anda faham maksud imperialisme?
Imperialisme ini boleh ditakrifkan sebagai dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruhnya dan wilayahnya dengan menjajah Negara lain untuk kepentingan tertentu seperti ekonomi, politik dan keagamaan.

2.Kuasa Barat manakah yang mula-mula menjadi perintis imperialisme?

Portugal
3. Apakah matlamat asal imperialisme Barat di Asia Tenggara?
Bertujuan untuk menguasai kepentingan Perdagangan rempah sahaja.

4. Apakah kesan Revolusi Perindustrian terhadap kuasa-kuasa Barat dalam menjalankan imperialismenya?
persaingan antara kuasa barat menjadi semakin sengit.
5.Mengapakah fktor kedudukan Asia Tenggara yang strategik telah menarik minat kuasa-kuasa Barat menjalankan imperialismenya

Ini akan menjamin pasaran yang luas dan mempunyai banyak bahan mentah dan tanah yang subur.

6. Apakah kesan penggunaan Kapal berkuasa wap?
Kapal berkuasa wap telah digunakan yang membolehkan muatan yang lebih banyak dan mempercepatkan perjalanan antara barat dan Timur.
perjalanan selamat dan menjimatkan kos.

7.Pada tahun 1869 terusan Suez telah dibuka.Nyatakan kepentingan pembukaan terusan Suez?
telah memendekkan perjalanan perdagangan antara Barat dan Timur.
Perjalanan antara Barat dan Timur menjadi lebih selamat dan menjimatkan kos

8 Penciptaan alat telegraf telah membawa perubahan kepada perhubungan antara Barat dan Timur.Senaraikan kesan penciptaan telegraf terhadap imperialisme di Asia Tenggara?
Perhubungan antara Majikan dan pegawai di Tanah jajahan menjadi semakin cepat dan berkesan, urusan perdagangan dan perniagaan menjadi semakin pesat

9.Apakah yang anda faham maksud "semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan