Sabtu, 30 Januari 2010

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

1. Dalam Perundangan - Sumbangan Raja Hammurabi 1792 – 1750SM.

a. Hammurabi – Keturunan Amorite , Banyak dirikan negara kota, Pusat pemerintahan di Babylon. Menakluk Akkad – jadi Raja Mesopotamia.

b.Aspek undang-undang ini dapat dicirikan dengan:
i. Mengenalkan Kod Undang-Undang Hammurabi
ii. Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
iii. Hukuman adalah setimpal dengan kesalahan, tetapi berbeza ikut susun lapis masyarakat. Contoh:
-Jika rakyat patah tulang bangsawan – tulangnya akan dipatahkan.
-Jikan bangsawan cedera atau patahkan tulang rakyat – hukumannya denda satu wang perak.
iv. Kod ini mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok
v. Dasar perundangan tamadun Mesopotamia.
vi. Berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat
vii. Wujudkan perpaduan dan mengukuhkan organisasi.

c. Wujudkan empayar Kerajaan Akkad – empayar pertama di dunia.
i. Raja Sargon berjaya satukan wilayah kerajaan Sumeria di Selatan Mesopotamia.
ii. Perintis pembentukan empayar – jadi ikutan Firaun Tutmose III.

d. Telah membantu peradaban Mesopotamia dan pembentukan masyarakat dari 3000SM hingga 539SM.


2. Sumbangan dalam aspek tulisan memberikan kelebihan dalam aspek berikut:
a. Melahirkan sistem pendidikan dan mewujudkan jurutulis.
i. Wujudkan perpustakaan – perpustakaan diRaja.
-22000 tablet – kandung pelbagai penemuan.
- Antaranya ilmu perubatan. Surat dan dokumen perniagaan.
- susunan peristiwa peperangan ikut urutan sejarah.
b. Pentadbiran dan perniagaan dapat direkodkan.
c. Urusan jula beli direkod dalam resit, nota, dan surat kredit.
d. Melahirkan golongan sastera dan kesusasteraan spt epik Gilgamesh – tertua di dunia menjelaskan falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
i. kisah Falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia. Tentang kepahlawanan Gilgamesh – ada sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia. Wajah tampan, ada kekuatan dan keberanian. Telah memerintah dan memberikan perlindungan kepada Kota Uruk.
ii. Ceritakan juga kehidupan yang kekal dan kesaktian.


3. Sains dan teknologi:

a. Perkembangan ilmu astronomi.
b. Perkembangan pencerapan bulan,bulan dan matahari telah perkembangkan ilmu matematik – sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, darab, bahagi,punca ganda dua dan ilmu geometri.
c. Astronomi – guna jalan laut perdagangan dan penerokaan.
d. Penciptaan kalendar 12 bulan.
e. Perkembangkan ilmu perubatan – kerajaan Assyria.
f. Penciptaan roda dan kereta kuda – peperangan atau kegunaan harian.
g. Kincir air – mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil pertanian.
h. Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
i. Perkenalkan batu bata daripada tanah liat.
j. Dalam seni bina berjaya:
i. Mencipta arca dan tiang batu – Cth Zigurat dan patung Raja Gudea
ii. Pembinaan Taman Gantung Babylon – dibina Raja Chaldea zaman Raja Nebuchadnezzar.
iii. Terdapat pelbagai jenis pokok dan pokok bunga – ditanam pada binaan bertingkat di bukit berteres.

Disediakan oleh Cikgu Rosli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan