Sabtu, 16 Januari 2010

NOTA SEJARAH TINGAKATAN 1

BAB 1 SEJARAH DAN KITA

Pengertian Sejarah.

- Sejarah membolehkan kita memahami dan mempelajari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku yang berkaitan dengan diri,keluarga,masyarakat dan negara
- Istlah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan arab,’syajaratun’ yang bermaksud pokok atau pohon.syajaratu juga bermaksud salasilah,riwayat,keturunan dan asal-usul

# Pengertian Lain Sejarah
i) Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu (IBN KHALDUN)
ii) Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. (HERODOTUS)
iii) Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. (MUHD YUSOF IBRAHIM)

Ciri-ciri sejarah

1. Fakta yang tepat dan bena
- Kesahihan dan kebenaran setiap peristiws,tempat,tokoh dan tarikh mesti dapat dibuktikan.
- Setiap fakta tidak boleh direka dan ditokok tambah

2.. Penting dan bermakna
- Peristiwa sejarah mestilah penting dan memberi kesan kepada semua pelajar,ahli keluarga,masyarakat dan keluarga.

3. Mempunyai sebab dan akibat
- sejarah bertujuan memberi kebenaran tentang sesuatu peristiwa masa lalu untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa ,pengkaji perlu mengetahui apa,siapa,bila,di mana,mengapa, dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku.Cara ini dapat membuktikan kesahihan fakta sejarah itu.

Sumber pertama

- juga dikenali sumber primer
- bahan dalam bentuk kertas,fosil,artifak dan keterangan lisan
- sumber yang belum diolah dan dicetak,bersifat asli dan belum ditafsir  contoh : fail rasmi jabatan,surat peribadi,diari,manuskrip yang belum dicetak,batu bersurat.

Sumber kedua

- juga dikenali sumber kedua
- bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan tertulis
- ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah
- bahan yang telah diolah,dicetak,disebarkan kepada umum contoh : buku,majalah,jurnal,ensiklopedia,akhbar,risalah,laporan tahunan Jabatan.

Kaedah Pengkaedahan Sejarah

1. Kaedah lisan
- Dinamakan kaedah lisan kerana maklumat yang diperolehi terus daripada responden melalui ucapan,pencritaan,perpisahan dan perbualan(temubual)
- Juga dikenali sebagai kaedah pandang dengar
- Kelemahan kaedah ini ialah adanya unsur tokok tambah.Oleh itu sejarah akan memilih,mentafsir dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat

2. Kaedah bertulis
- Maklumat didapati daripada sumber yang ditulis,dilakar atau dipahat pada batu,dinding gua,kulit kayu,daun kayu,logam,gading dan kertas.
- Dapat memberi maklumat tentang sesuatu perkara,peristiwa,tokoh,kejadian,perundangan dan adt resam.
3. Kaedah Arkeologi
- Maklumat diperolehi berdasarkan kajian saintifik
- Cabang-cabang arkeologi angkasa lepas,maritime,carigali.
- Ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon.
- Ahli arkeologi akan membuat tafsiran berdasarkan maklumat yang diperolehi.

Pentafsiran Sejarah

- Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna,berfaedah atau sebaliknya.
- Sejarawan mungkin memberi tafsiran yang berbeza untuk sesuatu peristiwa sejarah yang sama kerana mereka mempunyai pandangan yang berlainan.
- Nmaun begitu,sejarawan perlu jujur dan bertanggungjawab dalam membuat penyelidikan dan penilaian tentang sesuatu peristiwa sejarah agar masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan benar.

Kepentingan Sejarah

- Memperolehi banyak pengetahuan untuk menilai kepentingan sesuatu peristiwa dan sebab serta akibatnya.
- Untuk menghargai jasa dan usaha pemimpin negara.
- Dapat merangka wawasan masa depan dengan lebih yakin dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara.
- Untuk melahirkan perasaan jati diri yang tinggi dan membventuk keperibadian bangsa.

Faedah Mempelajari Sejarah

- Menjadi panduan dan memberi iktibar
- Boleh menjadi perangsang untuk mempunyai kemajuan negara
- Keagungan zaman lampau dapat dicapai semula dengan kesungguhan rakyat.
- Dapat memupuk semangat patriofisme
- Berbangga menjadi rakyat malaysia.

Disediakan oleh Cikgu Rosli

6 ulasan:

  1. Cikgu boleh saya tanya soalan....😊
    Apakah kelebihan dan kelemahan kaedah bertulis?

    BalasPadam
  2. Mengapakah kaedah bertulis lebih baik berbanding kaedah lisan dalam menjalankan penyelidikan dalam sejarah

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab bertulis ni tak berubah fakta berbanding lisan ditokok tambah oleh orang yang bercerita

      Padam
  3. mengapakah kaedah bertulis lebih baik berbanding kaedah lisan dalam menjalankan penyelidikan

    BalasPadam