Sabtu, 30 Januari 2010

Nota tingkatan 2 BAB 2 : Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campurtangan British.

BAB 2 : Kekayaan Hasil Bumi Mendorong Campurtangan British.

2.1 Dasar campurtangan British di Negeri-negeri Melayu.
1. Dasar campurtangan British bererti British melibatkan diri secara lansung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874.
2. British campurtangan kerana kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu, Revolusi Perindustrian di Eropah, penciptaan kapal wap, pembukaan Terusan Suez, kebimbangan campurtangan kuasa Eropah yang lain, pertukaran kerajaan British dan desakan pedagang.

2.2 Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British.
1. Perang Larut dan perebutan tahta telah mewujudkan ketidakstabilan di Perak.
2. Perjanjian Pangkor menandakan penguasaan British secara lansung di Perak.
3. Perang Kelang, rompakan kapal dagang British dan serangan ke atas rumah api di Tanjung Rachado telah mendorong British campur tangan di Selangor.
4. Persengketaan antara Dato Kelana Syed Abdul Rahman dengan Dato Bandar Kulop Tunggal berebut Sungai Linggi dan Sungai ujong mempercepatkan british campur tangan di negeri Sembilan.
5. British menggunakan alas an pembunuhan warganegara British berbangsa cina bernama Go Hui di hadapan istana Sultan Ahmad sebagai alasan campur tangan di Pahang.

2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar
1. Residen menggugat kuasa sultan dan pembesar dengan cara menguasai pentadbiran, memaksa sultan menerima nasihat, mencampuri adapt dan mengambil alih memungut cukai.
2. Pelaksanaan Sistem Residen tidak teratur dan tiada panduan yang jelas. Residen terlalu berkuasa dan pentadbiran tidak seragam.
3. Antara faktor penubuhan Persekutuan 1896 ialah perkongsian perkhidmatan pakar, krisis kewangan Pahang, memajukan system perhubungan dan keselamatan.
4. Pusat pentadbiran Persekutuan di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Residen Jeneral.
5. Pembentukan Persekutuan menyebabkan Residen Jeneral berkuasa dalam kewangan dan cukai eksport serta pentadbiran.
6. Kerajaan pusat menubuhkan jabatan kerajaan dan penglibatan orang Melayu dihadkan.
7. Durbar atau Persidangan Raja-Raja Melayu 1897 ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah perasaan tidak puas hati sultan.
8. Dalam Durbar kedua 1903, Sultan Idris mengkritik pemusatan kuasa Residen Jeneral, desak kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan, desak agar bilangan pegawai Melayu ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi serta iktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.


Disediakan oleh Cikgu Rosli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan