Sabtu, 30 Januari 2010

NOTA SEJARAH TINGKATAN 3MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

1. Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun
a. PKM (Parti Komunis Malaya) telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari melalui tenteranya MPAJA (Malayan People’s Anti-Japanese Army) atau Bintang Tiga
b. PKM menimbulkan huru-hara dan keganasan.
c. Tindakan MPAJA
- menguasai balai polis dan pejabat pentadbiran
- menjalankan undang-undang sendiri
- mengenakan cukai kepala,cukai harta dan tanah
- mencullik dan menyeksa penduduk yang bekerjasama dengan Jepun
- merampas harta benda dan membunuh
d. Kesan pemerintahan MPAJA
- Penduduk kampong atau orang melayu menetang PKM
- Berlaku ketegangan kaum dan pertumpahan darah
- Pentadbiran British diperkenalkan untuk melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah pentadbiran awam
e. Pentadbiran tentera British (PTB)
- Diperkenalkan pada bulan September 1945
- Diketuai oleh Sir Ralph Hone
- Kejayaan PTB ialah :-
i. Menghapuskan PKM dan MPAJA menyerahkan senjata
ii. Memujuk PKM dan MPAJA menyerahkan senjata
iii. Mengawal pergaduhan antara kaum
iv. Mewujudkan keamanan dan menegakkan undang-undang

2.Malayan Union (MU)
a. PTB berjaya mengamankan Tanah Melayu dan British melaksanakan pentadbiran Malayan Union
b. (MU) Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’s House Kuala Lumpur
c. Gabenor pertama adalah Sir Edward Gent
d. Tujuan penubuhan (MU) Malayan Union
- membentuk suatu bangsa Malayan Union
- Menyediakan Tanah Melayu kea rah berkerajaan sendiri
- Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam
- Mengukuhkan pertahanan British
- Menjamin terus penguasaan British
- Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British
- Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu
- Memastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja
3.Ciri-ciri Malayan Union
a. Satu unit politik
- NNMB,NNMTB,dua buah negeri selat (Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan
b. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan dibentuk
c. Gabenor British dilantik oleh Raja England
d. Jus Soli
- Kewarganegaraan sama rata bagi rakyat Malayan Union
e. Majlis Raja-Raja Melayu
- membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu
f. Ketua Pentadbir
- Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri
g. Parlimen British
- Pemutus undang-undang Malayan Union

4.Faktor-faktor,penentangan Malayan Union
a. Kedaulatan dan kuasa raja
- Raja-raja melayu kehilangan takhta dan maruah.
- Menjadi ahli majlis Raja-Raja melayu tanpa kuasa
- Pungutan zakat dibawah kuasa Gabenor British
b. Tamadun orang Melayu
- Sistem beraja,bahasa melayu dan tulisan jawi terhakis
- kesultanan melayu akan tercabar
- orang melayu akan kehilangan tanah air
c. Kerakyatan
- Jus Soli mengancam status quo orang melayu sebagai pribumi
- jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan imigran
d. Sir Harold Mac Michael
- Tindakan Mac Michael mengacam akan menurunkan raja-raja melayu dari takhta jika baginda tidak menerima Malayan Union.
- Masa yang cukup tidak diberi kepada raja-raja melayu untuk berunding dengan majlis mesyuarat negeri
e. Golongan yang menyokong
- parti kebangsaan melayu Malaya (PKMM)
- Api (Angkatan Pemuda Insaf)
- AWAS(Angkatan Wanita Sedar)
- BATAS (Barisan Tanah Melayu)
f. Alasan menyokong Malayan Union
- menyatukan sistem pentadbiran
- pentadbirantidak berasaskan pemerintahan beraja dan pembesar melayu.
- kerakyatan terbuka kepada yang ingin menjadi rakyat.
- penyatuan pentadbiran agama islam.
- janji british yang memberikan kemerdekaan.

5.Cara penentangan Malayan Union
a. Individu
- Dato’ Onn Ja’afar menulis surat kepada Utusan Melayu dan menyuruh menubuhkan United Malays Organizatioa (U.M.O) sebagai pertubuhan menentang Malayan Union.
- Raja-raja Melayu seperti Sultan Johor menghantar surat kepada setiausaha Tanah Jajahan
- Pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu menentang secara terbuka dalam akhbar ‘The Times’ di London.
b. Akhbar
- Bantahan berterusan melalui Majlis,Utusan Melayu dan Warta Negara.
- Utusan Melayu 12 oktober 1945 menyeru supaya raja-raja Melayu memikirkan kesan Malayan Union
- Warta Negara 14 November 1945 menggesa orang Melayu menentang Malayan Union.
c. Kolektif
- Demonstrasi secara aman
- Persatuan-persatuan melayu sebagai alat untuk menentang Malayan Union
- Persatuan-persatuan telah menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.
- 1 - 4 Mac 1946 Kongres Melayu menubuhkan UMNO/PEKEMBAR Pengerusi Konngres Pertama Dato’ Onn Ja’afar.
- 30-31 Mac 1946 Kongres Melayu kedua membantah.
- Pengisytiharan Mlayan Union 1 April 1946
- Memutuskan 3 perkara penting iaitu :-
i) pemulauan oleh raja-raja Melayu
ii) meminta oranga melayu yang dilantik menganggotai majlis pentadbiran Malayan Union memulaukan perlantikan.
iii) Berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.
d. Rapat Umum
- Orang Melayu menunjukkan penentangan melalui rapat umum kepada L.D Gammans dan David Rees Williams di setiap Bandar.
- Kaum wanita memainkan peranan penting dalam penentangan MU.

6.Penubuhan Umno.
a. Pada tahun 1946 di Kuala Lumpur melalui kongres Melayu.
b. 29 buah persatuan telah menandatangani di Istana Besar,Johor Bahru pada 11 Mei 1946
c. Yang Dipertua pertamanya ialah Dato’ Ja’afar.

7.Perjuangan Umno
a. menyatupadukan orang melayu
b. Menumbangkan Malayan Union
c. Mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan orang melayu
d. Memajukan pendidikan orang melayu
e. Memperjuangkan ketuanan Melayu
f. Mewujudkan sebuah parti politik bercorak kebangsaan
g. Menghapuskan semangat kenegerian dan kedaerahan orang melayu.

8.Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PTM)
a. Pihak British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu kerana tidak mahu orang Melayu menentang British secara kekerasan.
b. Rundingan antara British dengan raja-raja Melayu dan UMNO berakhir dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948.
c. PTM dibentuk pada 1 Febuari 1948

9. Ciri-ciri PTM (1948)
a. Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
- konsep Raja Berperlembagaan
- Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan
- Kuasa Pesuruhjaya Tinggi British terhadap perlindungan istimewa orang Melayu
- Syarat kerakyatan diperketatkan
- Gabungan 11 buah negeri (semua Negeri kecuali Singapura) membentuk sebuah persekutuan
- Ketua Persekutuan ialah Pesuruhjaya Tinggi British-dibantu oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan .

10. Rumusan
Perpaduan orang melayu membolehkan Malayan Union ditolak dan mengembalikan semula status quo orang melayu melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.


Disediakan oleh cikgu Rosli

1 ulasan: