Sabtu, 16 Januari 2010

NOTA SEJARAH TINGKATAN 3

BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

1.Faktor kedatangan Jepun ke Negara kita
2.Faktor kejayaan Jepun
3.Dasar pemerintahan Jepun
4.Gerakan Nasionalisme
5.kesan pemerintahan Jepun
6.Iktibar daripada pendudukan jepun


1. Faktor kedatangan Jepun

a. Pemodenan & perindustrian oleh Maharaja Meiji
b. Kemenangan Jepun terhadap Russia dalam perang Russia-Jepun pada 1905(kuasa besar)
c. Pertambahan penduduk memerlukan tanah pertanian
d. Bekalan bahan mentah (petroleum,bijih timah & getah)
e. Kawasan pasaran baru hasil perindustrian

2.Faktor kejayaan Jepun

a. Perancangan awal perang
- propaganda
- aktiviti perisikan

b. Kelemahan tentera british
- tidak bersedia
- tentera kurang latihan
- askar India menjadi anti-british
- pertahanan hanya di Singapura

c. Semangat tentera Jepun
- kemegahan Negara
- Rela mati
- Berpengalaman

d. Kelengkapan perang tentera Jepun
- moden
- kereta kebal yang sesuai

e. Pakatan Jepun – Thailand
- Laluan mendarat
- Penyerahan Kelantan,Terengganu,Kedah & Perlis


f. Peranan KMM
- membantu menyebarkan propaganda
- memberi maklumat perisikan
- menjadi penunjuk arah

3.Dasar pemerintahan Jepun

a. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu di bahagikan kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah

b. Politik
- Sultan hanya ketua agama Islam dan adapt istiadat Melayu dan diberi Elaun
- Tanah Melayu sebagai tanah jajahan Jepun
- Majlis agama ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah

c. Ekonomi
- ekonomi di Tanah Melayu dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan peperangan
- mata wang Jepun diperkenalkan
- Ekonomi kawalan

d. Penjepunan dan sosial
- Sekolah Inggeris dan cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh
- Kesetian penduduk kepada maharaja Jepun
- Nyanyian lagu kebangsaan Jepun setiap pagi di sekolah
- Budaya Jepun digalakkan melalui bahasa
- Cuti sempena hari-hari perayaan Negara Jepun
- Layanan yang baik kepada orang melayu untuk mendapat kerjasama
- Layanan yang kasar kepada orang cina kerana menyokong Kerajaan China dalam Perang China-Jepun
- Layanan baik kepada orang India untuk mendapatkan kerjasama bagi mengusir British di India.

4.Gerakan Nasionalisme

a. Malayan People’s Anti Japanese Army
- Ditubuhkan oleh PKM
- Kerjasama dengan British untuk mendapat bantuan kewangan.tentera,latihan dan senjata.
- Taktik perang gerila

b. Force 136
- ditubuhkan oleh tentera bersekutu di pahang,Johor & kedah untuk menentang Jepun
- Latihan anggota daripada tentera bersekutu di Sri Lanka.


c. Askar Melayu Setia (AMS)
- perang Gerila
- kerjasama & menadapat bantuan daripada Force 136.

d. Pasukan Wataniah Pahang
- Diketuai oleh Yusof Mahiden
- Sultan Pahang sebagai Pemerintah kehormat

e. Gerila Kinabalu
- Pimpinan Albert Kwok
- Lancar pemberontakan ‘Double Tenth’ tetapi gagal

f. Pasukan Gerila Datu Mustapha
- Penentangan di Kudat

g. Pasukan Gerila di Sandakan
- Penentangan di Sandakan

h. Penetangan di pesisir pantai Sarawak
- Gerakan membantu tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun.

5. Kesan pemerintahan Jepun

a. Politik
- Orang tempatan diberi peluang menjadi pegawai daerah
- PETA ditubuhkan untuk menentang tentera bersekutu
- Peluang orang Melayu menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran
- Kegiatan pertubuhan politik mula bergiat apabila Jepun menerima tekanan
daripada tentera bersekutu.
- KRIS ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaaan
- Semangat kebangsaan bersemarak kerana haluan berbeza mengikut kaum dan
berpaksi kepada negara asal masing-masing.

b. Ekonomi
- merosot (gaji dikurangkan)
- kadar pengangguran meningkat
- Perdagangan antarabangsa terhenti
- Ekonomi kawalan hanyalah menguntungkan Jepun
- Amalan rasuah,menyorok barang dan pasaran gelap berlaku di merata tempat
- Mata wang di cetak tanpa kawalan menyebabkan inflasi
- Harga bekalan & keperluan harian melambung tinggi
- Cipataan baru berasaskan bahan tempatan oleh penduduk tempatan.

c. Sosial
- penduduk dalam kesengsaraan & ketakutan
- perintah berkurung dan sekatan perjalanan
- saling mencurigai antara satu sama lain kerana dianggap sebagai anti-Jepun
- menjadi tali barut pihak Jepun
- rakyat menjadi buruh paksa
- wabak penyakit merebak
- kebuluran berlaku di Tanah Melayu

6. Iktibar daripada pendudukan Jepun
a. Kesedaran agar tidak mempercayai kebaikan yang ditawarkan oleh kuasa asing
b. Untuk mendapatkan kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan negara,kita tidak sepatutnya hanya bergantung kepada negara lain
c. Pendudukan Jepun memberi pengajaran kepada kita untuk menolak semua penjajahan sama ada Barat atau Timur

OLEH CIKGU ROSLI

3 ulasan: