Khamis, 14 Januari 2010

PERUBAHAN SISTEM POLITIK

A) PERUBAHAN PENTADBIRAN OLEH IMPERIALISME BARAT DI AT (SPM 2004)

- Perkenalkan sistem Birokrasi barat – gantikan pemerintahan beraja
- Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah jajahan
- Pelantikan Gabenor Jeneral – ketua pentadbir di tanah jajahan
- Pelaksanaan pentadbiran melalui biro atau jajahan utk licinkan pentadbiran
- Pelantikan pegawai Barat sbg ketua biro mengawasi pegawai bawahan
- Pengenalan undang-undang Barat
- Pemerintahan tempatan dipaksa terima penasihat pentadbir Barat
- Penubuhan Jabatan Kerajaan – Jab. Kesihatan, Jab. Pertanian & Jab. Pelajaran

B) PERUBAHAN DI FILIPINA

1. Sistem Encomienda

- diperkenalkan oleh Sepanyol – diketuai oleh Encomiendero
- tugas Encomiendero – jaga keamanan, kutip cukai, & kristiankan penduduk barangay

2. Faktor-faktor penentangan penduduk

- cukai yg tinggi
- kerahan tenaga
- paksa penduduk bekerja di ladang-ladang

3. Perubahan Pentadbiran

- Sistem Pentadbiran Berpusat – Gabenor Jeneral sbg pemerintah
- Ketua Datuk Bandar – mentadbir wilayah
- Gabenor Kecil - mentadbir Bandar
- Encomendero – pentadbir peringkat tempatan
- Penyatuan barangay - “encomienda” – kemerosotan sIstem pemerintahan tradisional & pengaruh golongan datu

C) PERUBAHAN DI INDONESIA

- Pentadbiran Pusat – diketuai Gabenor Jeneral gantikan pemerintahan beraja
- Pentadbiran tempatan – oleh pembesar tempatan di bawah pengawasan pegawai Belanda
- Jabatan Kerajaan – Jab. Pertanian & Jab. Pelajaran
- Penubuhan Dewan Tempatan – sbg penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perudangan
- Penubuhan Volksraad (Majlis Rakyat) – langkah ke arah kemerdekaan (atas desakan Sarekat Islam)

D) PERUBAHAN DI BURMA

1. SEBELUM KEDATANGAN BRITISH

- Sistem pemerintahan beraja – Dinasti Konbaung
- Raja – ketua pemerintah & penaung kpd sami Buddha
- Terdapat Hluttaw @ Majlis diraja
- Wun – pegawai tinggi kerajaan yg membantu raja di peringkat pusat
- Myothugyi – ketua Bandar / ketua pentadbiran peringkat Bandar
- Ahmudan – pegawai diraja yg terdiri drp pegawai khas raja
- Athi – pembesar-pembesar tradisional yg ketuai pentadbiran peringkat daerah

2. SELEPAS KEDATANGAN BRITISH

- Pesuruhjaya Tinggi British – pemerintah tertinggi di Burma – hapuskan sIstem beraja Dinasti Konbaung, & jawatan pembesar tradisional peringkat pusat
- Akta Kampung Hulu 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889 – lenyapkan system pentadbiran tradisional
- Sistem undang-undang Barat – tubuhkan Majlis Perundangan
- Penubuhan beberapa jabatan – Jab. Perhutanan, J. Pelajaran & J. Kesihatan

D) PERUBAHAN DI INDOCHINA

1. SEBELUM PENJAJAHAN PERANCIS

- Pentadbiran kerajaan pusat berkuasa mutlak yg memberikan kuasa penuh kpd pembesar tempatan
- Setiap birokrasi ditadbir oleh golongan Mandarin yg dipengaruhi Tanah Besar China
- Mandarin – dipilih melalui peperiksaan dlm bidang bahasa & kesusasteraan China

2. PENJAJAHAN PERANCIS

- Penubuhan Union Indochinoise – iaitu kerajaan pusat yg terdiri drp Vietnam, Kemboja & Laos.
- Gabenor Jeneral – ketuai pentadbiran & bertanggungjawab terus kpd Kementerian Tanah Jajahan di Paris.
- Leftenan Gabenor – ketuai pemerintahan wilayah jajahan naungan diikuti oleh Residen Jeneral dan Residen Wilayah.
- Rang undang-undang – diluluskan oleh Parlimen Perancis.
- Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

E) PERUBAHAN DI TANAH MELAYU

- Penaklukan Portugis terhadap Melaka telah meruntuhkan institusi raja dan pentadbiran diketuai oleh Kapten.
- Pemerintahan Belanda – institusi raja terus terhapus.
- Pemerintahan British – pembentukan NNS – Melaka, Singapura & Pulau Pinang.
- Gabenor – pemerintah tertinggi NNS & dibantu oleh residen kaunselor di ketiga-tiga negeri.
- NNMB – Perak, Selangor, N. 9 & Pahang – pengenalan sistem Residen.
- NNMTB – Kedah, Kelantan, Trg, Perlis & Johor – pengenalan Sistem Penasihat.
- Residen & Penasihat British – diletakkan di bawah Gabenor NNS.
- Tugas utama Residen & Penasihat British – menasihati Sultan dlm semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
- Pengenalan sistem Kehakiman Barat
- Pelaksanaan sistem pengutipan cukai tanah dan hasil hutan
- Pentadbiran negeri dibahagikan kpd beberapa daerah.
- Penubuhan balai polis utk kawal keselamatan.
- Peranan raja dan pembesar terjejas hanya berkuasa dalam agama dan adapt istiadat.
- Pentadbiran pada peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan.

F) PENTADBIRAN NEGARA THAI DI BAWAH SISTEM PEMERINTAHAN TRADISIONAL

- Birokrasi Barat telah diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Chulalongkorn.
- Rj Mongkut – telah melantik 80 org penasihat Barat utk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan.
- Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dibawa dari Britain, penasihat kastam dr Am. Syarikat dan ketenteraan dr Perancis.
- Rj Chulalongkorn – perkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat tertinggi dan Kabinet Menteri.
- Juruaudit dr Britain – dilantik utk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.
- 1932 – pengenalan sistem Raja Berperlembagaan gantikan sistem raja berkuasa mutlak.


G) KESAN PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT TERHADAP SISTEM PENTADBIRAN TRADISIONAL DI ASIA TENGGARA.

- Terhapusnya sistem pemerintahan beraja – Indonesia & Burma – digantikan dgn Gabenor Jeneral.
- Tanah Melayu – sistem pemerintahan beraja kekal tetapi peranan raja hanya dlm bidang agama & adat istiadat.
- Daerah dan wilayah disatukan di bawah pentadbiran pusat – diketuai oleh Gabenor Jeneral & Pesuruhjaya Tinggi.
- Peranan pembesar daerah terhapus – digantikan dgn pegawai Barat.
- Tugas pembesar di peringkat pusat digantikan dgn biro (jabatan)
- Jawatan penghulu dan pembesar tempatan – di bawah pengawasan pegawai Barat.
- Sistem perundangan tradisional terhapus – digantikan dgn perundangan Barat – pewujudan Badan Kehakiman & Mahkamah.
- Raja dan pembesar yang bertindak mengutip cukai diambil alih oleh pihak Barat dgn pengenalan pelbagai jenis cukai & peraturan tanah yg ketat.
- Penubuhan balai polis utk kawal keselamatan – gantikan tugas pembesar daerah.
- Menghapus sistem hamba yg dimiliki oleh raja dan pembesar tradisional.
- Birokrasi Barat yg ambil alih peranan raja dan pembesar mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

1 ulasan:

  1. Casino City Finder (NV) - Mapyro
    Find casinos in NV with 경기도 출장샵 Mapyro. Use the search bar to sort 목포 출장샵 by 사천 출장마사지 Address/Zip Code: +91 포천 출장샵 1289 6888 시흥 출장안마 7889, Find the nearest casino and the best

    BalasPadam