Rabu, 13 Januari 2010

Pengertian Tamadun

1. Tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar.
2. Maksud mengikt bahasa Inggeris Civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud Bandar.
3. Tamadun boleh didefinisikan sebagai kemajuan yang dicapai oleh manusia dari segi politik, sosial dan ekonomi.
4. Ia juga boleh di ertikan sebagai peradaban.
5. Konsep tamadun mengikut masyarakat Barat ialah dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.
6. Mengikut Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.
7. Darcy Riberio dan R. A Buchanan pula menolak unsur rohani sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.
8. Dari segi pandangan Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohanian.
9. Islam amat menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah.
10. Kedua-dua unsur ini amat penting bagi mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat.
11. Munurut tokoh Islam Syed Naquib al-Atas, tamadun ialah pencapaian tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
12. Ini disokong pula oleh Sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohanian sangat penting dalam konsep tamadun.
13. Konsep tamadun mestilah mempunyai pencapaian lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota dan juga pencapaian dalam aspek rohanian, tatsusila dan moral.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan