Khamis, 14 Januari 2010

NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

A) MAKSUD NASIONALISME

- Perasaan cinta akan bangsa dan Negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air daripada penjajah.
- Melibatkan pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing.

B) FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA PADA AWAL ABAD KE-20.

1. Dasar penjajahan Barat menimbulkan rasa tidak puashati rakyat kerana

- sistem birokrasi Barat – tiada peluang utk rakyat tempatan dlm pentadbiran moden.
- Masih kekal dlm ekonomi tradisional yg serba kekurangan.
- Dasar penindasan penduduk peribumi dlm ekonomi penjajah – sistem Tanaman Paksa (Indonesia) & sistem Polo (Filipina).
- Wujudkan sistem kelas golongan elit dgn golongan rakyat – wujud jurang sosial di kalangan rakyat tempatan.
- Dasar keterbukaan penjajah terhadap imigran yg kuasai ekonomi tempatan.

2. Pengaruh agama berjaya menyatukan rakyat tempatan utk hadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat dan agama Kristian.

- Gerakan Islah di Indonesia & TM serta penubuhan Persatuan Belia Buddha (1906) di Burma.
- Gerakan Islah – perjuangkan Pan-Islamisme – penyatuan dunia Islam menentang penjajahan Barat.
- Agama kristian yg diperkenalkan oleh Sepanyol satupadukan penduduk peribumi utk menentang Sepanyol yg anggap penganut kristian tempatan kelas kedua.

3. Karya kesusasteraan berjaya sampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yang membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap negara.

- Filipina – novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal – cetuskan gerakan nasionalisme – jadi inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di rantau AT.
- Indonesia – cerpen Kerikil-kerikil Tajam Ke Makam Bonda – Chairil Anuar.
- T. Melayu - Puteri Gunung Tahan – Pak Sako.

4. Mengamalkan sikap pilih kasih dlm menyediakan kemudahan pendidikan – utamakan sekolah yg gunakan bahasa penjajah sbg bahasa pengantar.

- Rakyat – peringkat rendah, pendidikan Barat – terhad kpd golongan elit & penduduk bandar.
- Indonesia – anak golongan priyayi – pendidikan tersendiri & diasingkan drpd org kebanyakan – tujuan – pecahkan perpaduan rakyat tempatan.
- Burma – pendidikan sekular dan sekolah mubaligh – mengancam sekolah Buddha.
- T. Melayu – lepasan sekolah vernakular sukar dpt pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.

5. Kemunculan golongan intelektual yang mendapat pendidikan di Barat & Asia Barat – didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam.

6. Pengaruh media massa – akhbar & majalah - sebarkan idea-idea nasionalis & tanam perasaan anti penjajah kpd rakyat spt
- Vietnam – Tribute Indegene & Cloche Felee.
- T. Melayu – al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya & Majlis.

7. Perkembangan sistem pengangkutan jalan keretapi & jalan raya – mudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan berbincang tentang idea nasionalisme.

8. Perkhidmatan telefon dan telegaf – mudahkan perhubungan para nasionalis.

9. Pengaruh luar – kejayaan Jepun tewaskan China (1895) dan Rusia (1905) – meyakinkan keupayaan Negara kecil kalahkan Negara besar.

10. Perjuangan Mahatma Gandhi (mogok lapar) – inspirasi kpd nasionalis.

C) CIRI-CIRI PERGERAKAN NASIONALISME TAHAP PERTAMA DI ASIA TENGGARA.
(SPM 2004)

- Penentangan secara terbuka tetapi bersifat setempat.
- Utamakan pendidikan bangsa.
- Tidak meminta kemerdekaan segera.
- Penentangan lebih bersifat individu atau kumpulan yang tidak berorganisasi.
- Gunakan isu-isu kebudayaan, agama & hak peribumi sbg mencetuskan gerakan nasionalisme.
- Pemimpin – golongan pertengahan yg berpendidikan Barat & Asia Barat.
- Tekankan kesedaran politik daripada tindakan politik.
- Menuntut hak-hak mereka dikembalikan & taraf hidup mereka dibaiki.

D) CIRI-CIRI NASIONALISME TAHAP KEDUA DI ASIA TENGGARA.

- Lebih bersifat radikal – lakukan penentangan secara revolusi.
- Berorganisasi – penubuhan pertubuhan politik – dianggotai oleh rakyat.
- Pemimpin – golongan berpendidikan Barat & berpengetahuan luas dlm bidang kebudayaan.
- Matlamat – tuntut kemerdekaan.
- Membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

E) TOKOH PERTUBUHAN POLITIK
Andres Bonifacio Katipunan
Soekarno Parti Nasionalis Indonesia
Nguyen Thai Hoc Parti Viet Nam Quoc Dang Dang
Ho Chi Minh Parti Komunis Vietnam
Aung San / Kyaw Nein / U Nu Parti Dobama Asiayone

F) PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME DI FILIPINA.

- Gerakan dakyah – pimpinan Jose Rizal – gerakan nasionalisme pertama di AT.
- Menuntut – Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.
- Menuntut bangsa Filipina diberikan hak yg sama spt bangsa Sepanyol.
- Mendesak bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
- 1892 – JR tubuhkan Liga Filipina – desak kerajaan Sepanyol lakukan pembaharuan politik, ekonomi & sosial.
- JR ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao kerana kerajaan Sepanyol rasa terancam.
- JR dihukum bunuh – tuduhan terlibat dengan pemberontakan.
- Katipunan - gerakan nasionalisme yg lebih radikal.
- Radikal – matlamat perjuangan – menyatukan bangsa Filipina & mencapai kemerdekaan melalui revolusi.
- Gunakan media cetak – akhbar Kalayan utk sebarkan fahaman revolusi kpd rakyat.
- 1896 – Revolusi bersenjata oleh Katipunan utk gulingkan Sepanyol tp gagal.
- 1897 – Bonifacio dihukum mati -Katipunan makin lemah – digantikan oleh Emilio Aguinaldo.
- Kerjasama dgn Amerika Syarikat usir Sepanyol (1898).
- Penguasaan Amerika Syarikat ke atas Filipina selepas peningkiran Sepanyol.
- Penangkapan Aguinaldo – krn lancarkan revolusi selepas Amerika Syarikat enggan mengesahkan Perisytiharan Kemerdekaan Filipina (1899).
- Kebenaran menubuhkan parti-parti politik sederhana oleh AS.
- Sergio Osmena – ketuai Dewan Perhimpunan setelah menang pilihanraya 1907 (Parti Nasional).
- Menuntut kemerdekaan – melalui perlembagaan pd 1930-an.

F) PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME DI INDONESIA.

- Tahap pertama – tumpuan kepada isu-isu pendidikan.
- Peranan Raden Adjeng Kartini – karya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa – dedahkan kemunduran rakyat dan penindasan Belanda.
- Memberi inspirasi utk menubuhkan pertubuhan yg lebih tersusun spt Muhammadiyah.
- Muhammadiyah – utk sebarkan Islam yg sebenar & hindari ancaman sekularisme Barat & agama Kristian – dirikan sekolah, klinik & masjid.
- Tahap kedua – perjuangan parti-parti politik radikal – Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia & Parti Nasional Indonesia.
- PNI – pimpinan Soekarno – perjuangannya dpt mempengaruhi rakyat Indonesia utk bebaskan Indonesia secara revolusi.
- Belanda tangkap pemimpin-pemimpin radikal termasuk Soekarno – dipenjara & buang negeri ke Flores.
- PNI diharamkan.
- 1945 – Soekarno isytiharkan kemerdekaan Indonesia tp kemerdekaan tercapai pd 1949.

G) PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME DI INDOCHINA.

- Gerakan awal – Vietnam – dipelopori oleh golongan bangsawan & Mandarin – perjuangkan pemulihan sistem beraja.
- Golongan menengah berpendidikan Barat - perjuangkan pendidikan Barat kpd rakyat – pimpinan Phan Boi Chau – gerakan revolusi tp gagal.
- PBC – tubuhkan Viet Nam Quoc Phu Hoi (VNQPH)- lancarkan pemberontakan di Tongkin & gerakan dakyah di V.
- PBC dipenjara & VNQPH diharamkan.
- Tahap kedua – secara radikal – VNQDD & PKV.
- Perancis tangkap pemimpin VNQDD – hukum bunuh Nguyen Thai Hoc & Ho Chi Minh (PKV) – larikan diri ke Hong Kong.
- Gerakan nasionalisme bercorak sederhana – pimpinan Maharaja Bao Dai – dilarang terlibat dgn gerakan nasionalisme.
- Ho Chi Minh – isytiharkan kemerdekaan Vietnam slps tamat pendudukan Jepun.


H) PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME DI BURMA.

- Tahap pertama – perjuangan golongan sami Buddha & elit berpendidikan Barat.
- Tubuhkan Persatuan Belia Buddha (YMBA) – bertujuan mengekalkan tradisi Buddha dan majukan pendidikan rakyat.
- Gunakan Isu Kasut – Utk bangkitkan semangat nasionalisme rakyat.
- Pemimpin radikal – U Ba Pe (1916) – kemudian tubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma.
- Tahap kedua – muncul bila Laporan Montagu-Chelsford – Burma masih belum bersedia utk memerintah sendiri.
- Revolusi Pelajar – tercetus kerana menuntut penubuhan sebuah universiti.
- Pemberontakan Saya San – pimpinan Saya San (bekas pongyi & pemimpin di Tharawaddy) – melalui Majlis Am Sangha Sametggi. Gagal.
- Liga Antipemisahan – anggap pemisahan dgn India akan lewatkan kemerdekaan.
- Perlembagaan Burma 1955 – peluang ke arah berkerajaan sendiri.
- Parti Dobama Asiayone – ditubuhkan oleh golongan Thakin (siswazah u) utk tuntut kemerdekaan.
- Pemimpin – Aung San, Kyaw Nein & U Nu – gelarkan diri sbg “Tuan”.
- PM pertama – Dr. Ba Maw – menang pilihanraya 1937.
- Rombongan kemerdekaan – diketuai Aung San ke Britain & tubuhkan kerajaan baru yg merdeka pd 1948.

I) GERAKAN NASIONALISME DI THAILAND.

- Tahap pertama – kegelisahan rakyat krn penguasaan politik oleh kerabat di raja & penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
- Pemimpin – golongan intelek Thailand yg terdedah dgn fahaman liberal, sistem demokrasi & sistem raja berperlembagaan.
- Rakyat tidak puas hati dgn kelemahan s. pentadbiran & sikap boros Rj Vajiravudh.
- 1932 – penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Phanomyong & Field Marshall Phibul Songram.
- PR lancarkan Revolusi Thai 1932 –tamat sistem beraja mutlak.
- Tahap kedua – tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat & org Cina.
- PS (PM) – luluskan undang2 sekat kebebasan penguasaan ekonomi org cina.
- Penduduk pribumi digalakkan dlm aktiviti ekonomi.
- Jawatan tertinggi dlm kerajaan – penganut Buddha shj.
- 1939 – tukar nama Siam kpd Thailand.
- Kerjasama dgn Jepun – PD II – berjaya dptkan semula wilayah di Indochina dan Tanah Melayu.


sumber: blog chegu ridhwan

3 ulasan:

  1. WOW!!Thank u cikgu2...banyak membantu!!

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah ianya sangat berguna . tengss Cikgu-2 ;)

    BalasPadam