Sabtu, 16 Januari 2010

NOTA SEJARAH TINGKATAN 2

BAB 1 : Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British

1.1 Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang.
1.1.1 Pulau Pinang menjadi pengkalan SHTI
1. Terdapat tiga faktor SHTI berminat dengan Pulau Pinang.
a. Pelabuhan persinggahan.
b. Pusat pengumpulan barang dagangan.
c. Pengkalan tentera untuk urusan perdagangan.
2. Kedudukan Pulau Pinang di tengah-tengah laluan perdagangan memenuhi
Keperluan SHTI.
3. Perlantikan Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah tidak dipersetujui oleh
kerabat diraja kerana baginda bukan anak gahara.
4. Mereka berpakat dengan Bugis Selangor menyerang Kedah.
5. Sultan Kedah meminta bantuan SHTI untuk melindungi Kedah daripada ancaman
Siam.

1.2 Tipu helah Francis Light Mendapatkan Pulau Pinang.
1. Perjanjian Inggeris – Kedah 1786 ditandatangani.
Antara syarat-syarat perjanjian ialah SHTI membantu Kedah jika di serang musuh, SHTI tidak melindungi Kedah dan SHTI membayar 30,000 dolar Sepanyol kepaga sultan.
2. Sultan Abdullah menuntut SHTI memberikan bantuan ketenteraan kepada Kedah selepas Kedah diancam oleh Siam.
3. SHTI enggan memberikan bantuan demi menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.
4. Sultan Abdullah berpengkalan di Seberang Perai untuk menyerang Pulau Pinang tetapi berjaya dipatahkan oleh SHTI.
1 Mei 1791 SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi.

1.3 SHTI Mengambil Seberang Perai.
1. Seberang Perai diperlukan oleh SHTI untuk dijadikan benteng pertahanan dan
keperluan makanan.
2. SHTI tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang Kedah pada November 1821.

1.4 Pertapakan SHTI di Singapura.
1. Pulau Pinang gagal bersaing sebagai pelabuhan kerana kedudukannya yang jauh di Utara.
2. Perdagangan SHTI dengan China semakin penting dan barangan mendapat pasaran baik di Eropah.




3. Stamfort Raffles mencadangkan kepada SHTI agar mendirikan pangkalan baru di Singapura.
4. Singapura dapat mengawal laluan perdagangan strategik di selatan, pelabuhan bebas dan pangkalan menyaingi pelabuhan Betawi (Belanda).
5. Raffles mempergunakan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabalkan sebagai sultan.
6. 6 Febuari 1819, Sultan Hussein iktiraf perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles.

1.5 Perpecahan Kepulauan Melayu.
1. Pendudukan Stamfort Raffles ke atas Singapura di pertikaikan oleh Belanda.
2. Belanda anggap Singapura di bawah pengaruhnya dan menjejaskan perdagangan
di Betawi.
3. Perjanjian Inggeris – Belanda 17 Mac 1824 ditandatangani. Antara isi kandungan ialah Belanda iktiraf British di Singapura, Belanda tidak membuka penempatan di Tanah Melayu, British serah Bangkahulu kepada Belanda sementara Belanda serah Melaka kepada British dan British tidak membuka penempatan baru di selatan Singapura.

1.6 Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-negeri Selat.
1. 1826, Pulau Pinang, Singapura dan Melaka disatukan sebagai Negeri-negeri Selat
(NNS).
2. Tujuan NNS untuk menjimatkan perbelanjaan dan menyeragamkan pentadbiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan